Lovely Nature

Lovely Nature

Monday, February 1, 2016

Apa itu Terrarium?

TERRARIUM OH TERRARIUM~

Sejak kebelakangan ini, nama 'terrarium' mula meniti di bibir penggemar pokok hiasan atau landskap di rumah.  Terrarium mengikut pemahaman penulis dari segi bahasanya adalah 'terra' = bumi dan rium = alam mini. Cuba kita lihat pula kepada akuarium, nampak hampir sama bukan? Ada bunyi rium2 sudah tentu hiasan ini cuba mimik sesuatu.
 
 
Mengikut artikel kumpulan.info, terrarium adalah sesuatu medium yang diperbuat daripada kaca atau plastik jelas yang diisi dengan tanaman menyerupai persekitaran alam yang sesuai untuk dekorasi. Hah, dipendekkan cerita, kita cuba hias balang dengan tanaman yang menarik dan serba mini seperti di Rajah 1 dan 2. Nama lain bagi terrarium pula adalah vivarium, semuanya ada rium juga. (1-3)
 
 
 
                                   Rajah 1: Terrarium serba menawan dan simple
 
 
 
 
                               Rajah 2: Terrarium dalam cerek yang menarik tertarik
 
 
 
 
SEJARAH RINGKAS TERRARIUM
 
Marilah kita baca sikit tentang bagaimana terrarium ini mula terhasil dan siapa yang dapat idea nak buat hiasan ini. Nama orang yang memulakan konsep ini adalah Nathanial Bagshard Ward selepas beliau menerbitkan buku "On the Growth of Plants in Closely Glazed Cases" pada tahun 1842.
 
Pada mulanya beliau hanya mahu melihat bagaimana serangga membiak lalu diletakkannya di dalam botol bersama sedikit tanah. Selepas beberapa lama, beliau terkejut kerana tiba-tiba tumbuh sejenis pokok paku-pakis di dalam botol tersebut. Masakan tidak, pokok yang beliau tanam pun jarang tumbuh di laman, inikan pula tempat tertutup mungkin seperti di Rajah 3.
 
 
 
 
A Wardian Case or Terrarium
 
 Rajah 3: Mungkin inilah balang yang Ward gunakan untuk ujikaji serangga beliau
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Selepas itu, beliau pun berekperimentasi dengan sains terrarium ini lalu memanggil balang kecilnya sebagai Balang Wardian tetapi hari ini kita panggil sebagai terrarium sahaja. Ketika era pemerintahan Victoria terutamanya di England, Balang Wardian ini sangat popular kemudian menguncup dan sekarang mula menarik perhatian kembali. (4)
 
 
 
victorian style modern terrarium
 
Rajah 4: Victorian Style terrarium yang popular ketika itu menggunakan konsep Balang Wardian
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Baiklah, setakat ini sahaja dahulu pengenalan tanaman mini hiasan ini yang serba unik. Penulis juga ada buat sikit dan jual terrarium yang murah belaka (Rajah 5). Entry seterusnya berkenaan Jenis-jenis Terrarium. Terima kasih.
 
 
 
                              Rajah 5: Mini terrarium yang serba menjadi (Hasil Penulis!)
 
 
 
Sumber Rujukan: