Lovely Nature

Lovely Nature

Tuesday, January 12, 2016

Pegaga Part 1 (Jenis)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!

Post saya yang pertama semestinya bergaya dan mantap! Kepada pembaca di luar sana, blog ini lebih kepada pertanian (agriculture) dan produk yang sesuai berkaitan tanaman. Diharapkan dapat membantu sebanyak mungkin untuk penambahan ilmu sedia ada bersama.
 
PEGAGA
 
Alang-alang buat research pasal pegaga, saya nak share sikitlah berkenaan herba/sayur comel molek ni. Siapa yang tak pernah dengar pasal pokok pegaga? Jangan risau, mesti pernah nampak punya macam di Rajah 1 (1). Berikut sedikit sebanyak ringkasan jenis pokok umpama payung mini ini:


 
Rajah 1: (A) Centella asiatica/Pegaga kampung (B) Hydrcotyle bonariensis/Pegaga gajah (C)Hydrocotyle sibthorpioides/Pegaga embun.


Nama Saintifik (Genus): Centella sp dan Hydrocotyle sp
Nama lain: Pennywort (English), Gotu kala (Japanese), daun kaki (Indonesia), ji xue cao (Chinese), ecuelle d’eau (French), braham-manduki (Hindi) (2)
Bentuk: Menjalar, daun hijau, batang hijau pudar dan warna bunga mengikut spesis 
Taburan: Di hemisfera bumi seperti India, Afrika Selatan dan Asia Tenggara (3)
Tempoh matang: 70-90 hari (4)


Terdapat beberapa jenis pegaga yang selalu ditemui di Malaysia seperti di Rajah 1 di atas khususnya pegaga kampung. Pegaga jenis  ini (Rajah 2) (5) senang dijumpai di semak-samun atau pun kawasan berpaya. Senang cerita, kaum pegaga ini memang mudah ditanam dan cuma perlu lebihkan sedikit air yang saya akan ceritakan di ruangan Pegaga Part 2 (Cara Menanam).





Rajah 2: Pegaga kampung


Kalau kita lihat dari segi bentuk pegaga kampung, kelihatan daunnya macam kipas nyonya dan sebab itu juga kadangkala dikenali sebagai pegaga nyonya manakala pegaga lain nampak seperti buah pinggang. Orang tua-tua dahulu suka buat minum air tonik kerana kandungan antioksida yang tinggi untuk kekal awet muda. Malah, zaman sekarang pun masih digunakan dalam masakan seperti sayur kerabu pegaga. Saya juga akan ceritakan lebih lanjut tentang kepentingan pegaga di ruangan Pegaga Part 3 (Khasiat dan Produk).
 
 
Sekian, terima kasih kerana membaca dan nantikan penulisan seterusnya!




Sumber Rujukan:


(1) : Khatib, A., Shaari, K., Abas, F., Shitan, M., Kneer, R., Neto, V., and Lajis, N. H. (2011). Discrimination of three pegaga (Centella) varieties and determination of growth-lighting effects on metabolites content based on the chemometry of 1H nuclear magnetic resonance spectroscopy. Journal of agricultural and food chemistry. 60(1). 410-417.
 
(2) : Peiris, K. H. S., and Kays, S. J. (1996). Asiatic Pennywort [Centella asiatica (L.) Urb.]: A little-known vegetable crop. HortTechnology, 6(1), 13-18.
 
(3) : Gohil, K. J., Patel, J. A., & Gajjar, A. K. (2010). Pharmacological Review on Centella asiatica: A Potential Herbal Cure-all. Indian Journal of Pharmaceutical Sciences. 72(5). 546–556.
 
(4) : Rosalizan, M., Rohani, M., Khatijah, I., & Shukri, M. (2008). Physical characteristics, nutrient contents and triterpene compounds of ratoon crops of Centella asiatica at three different stages of maturity. Journal of Tropical Agriculture and Food Science. 36(1). 43-51.
 
(5) : http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-ulam-pegaga.html
 

 


 
 


 

No comments:

Post a Comment