Pegaga secara semulajadinya senang membiak tetapi memerlukan persekitaran yang berair atau lembap. Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil sebelum menanam pegaga untuk pemahaman dan hasil yang lebih baik:
(a) Jenis Tanah
Kajian yang dilakukan oleh Devkota dan Ja pada tahun 2009 (1) menyatakan bahawa pegaga sangat sesuai membiak di tanah lum berpasir dengan nisbah 60% pasir dan 40% lum untuk memudahkan ruang pengairan dan akar untuk 'bernafas' dengan kencang. Tanah lum sebenarnya merupakan campuran tanah silt, liat dan pasir seperti di Rajah 1 (2). Jangan risau, tanah biasa di tepi rumah atau kebun jika dicampur dengan pasir yang cukup sudah bagus.
Rajah 1: Komposisi tanah lum berpasir
(b) pH Tanah dan Cuaca
Manual Teknologi Penanaman Pegaga yang ditulis oleh Zainal (2005) menyarankan bahawa pH tanah yang sesuai adalah sedikit berasid sekitar 4.5-6.0 (3). Walaubagaimanapun, tanah yang mempunyai neutral pH juga mampu untuk pegaga terus hidup. Dari segi cuaca, pegaga sesuai hidup di bawah separuh atau penuh sinaran matahari seperti di Malaysia. Musim hujan juga amat disukai pokok kecil ini, tetapi berhati-hati dengan angin ribut yang pembaca maklum kesannya.
(c) Bekas/Ruang Menanam
Faktor ini agak jelas dititikberatkan kerana umum ketahui pegaga merupakan tumbuhan menjalar. Oleh itu, disarankan supaya menggunakan bekas yang panjang seperti yang penulis guna di Rajah 2 untuk memaksimumkan hasil yang diperolehi. Jika proses penyiraman menyebabkan bekas bertakung, nasib anda baik kerana pegaga memang suka air yang banyak tetapi jangan sampai meneggelamkan kesemuanya. Bagi penanaman secara komersial, penanaman secara batas atau fertigasi amat digalakkan kerana ruang yang lebih luas dan teratur.
Rajah 2: Contoh bekas panjang (tumpang kaki~)
(d) Tempoh Kematangan/Penuaian Hasil
Secara ringkas, tempoh matang bagi pegaga adalah sekitar 70-90 hari atau 3 bulan (4). Ada satu perkara lagi yang perlu diambil kira untuk penanaman jangka masa panjang iaitu pegaga adalah sejenis tanaman ratun. Ratun di sini bermaksud pokok tersebut akan menghasilkan anak baru seperti pokok pisang dan tebu. Mengikut buku Zainal, jangkaan hasil ratun pegaga untuk tuaian pertama adalah kurang. Biasanya ratun kedua,ketiga dan keempat sesuai dikutip tetapi ratun seterusnya akan berkurang hasilnya. Jadi, tanamlah yang baru dan kira masa bagi tanaman yang serius atau komersial seperti usahawan Pak Din di Perlis Rajah 3 (5).
Rajah 3 : Pak Din ceria dengan pegaga nyonyanya
(e) Penyakit
Pegaga memang senang dijaga apatah lagi tiada penyakit serius yang melanda pokok ratun ini kecuali masalah kelembapan yang tidak terkawal menyebabkan akar mudah reput (6). Gunakan racun benomyl (Benlate) untuk mengawal penyakit tersebut. Serangga perosak yang kelihatan pula adalah seperti lalat putih (whitefly) dan hanya gunakan kos murah Yellow Sticker untuk kegunaan kawasan kecil manakala racun imidacloporid untuk aplikasi bagi lagi mantap.
Cara Mudah Proses Menanam Pegaga
1. Sediakan tanah lum berpasir (60% pasir : 40% lum).
2. Letak tanah sehingga menutupi 70% bekas panjang.
3. Potong pegaga yang sudah berakar dan sekurang-kurangya ada 4 daun untuk mengelakkan pegaga lambat membiak.
4. Tutup akar pegaga dengan sedikit tanah tanpa perlu menanam dengan terlalu dalam kerana pegaga adalah tumbuhan menjalar.
5. Siram dengan air sehingga sedikit bertakung selama seminggu.
6. Apabila sudah stabil dan pegaga berdiri tegak, boleh saja siram 2 hari sekali.
7. Selepas 2.5-3 bulan, pegaga boleh dituai.
3. Potong pegaga yang sudah berakar dan sekurang-kurangya ada 4 daun untuk mengelakkan pegaga lambat membiak.
4. Tutup akar pegaga dengan sedikit tanah tanpa perlu menanam dengan terlalu dalam kerana pegaga adalah tumbuhan menjalar.
5. Siram dengan air sehingga sedikit bertakung selama seminggu.
6. Apabila sudah stabil dan pegaga berdiri tegak, boleh saja siram 2 hari sekali.
7. Selepas 2.5-3 bulan, pegaga boleh dituai.
Berdasarkan 5 faktor yang dijelaskan di atas, secara individu saya memberi pegaga:
Rating 4/5 dari segi kesenangan penjagaannya
Terima kasih sudi membaca entry kedua ini dan nantikan Pegaga Part 3 (Khasiat dan Produk) serta penulis juga ada tanam sedikit pegaga selepas 2 bulan di bawah.
Rating 4/5 dari segi kesenangan penjagaannya
Terima kasih sudi membaca entry kedua ini dan nantikan Pegaga Part 3 (Khasiat dan Produk) serta penulis juga ada tanam sedikit pegaga selepas 2 bulan di bawah.
Sumber Rujukan:
(1) : Devkota,
A., & Jha, P. K. (2009). Variation in growth of Centella asiatica along
different soil composition. Botany Research International. 2(1).
55-60.
(3) : Zainal,
A.H. (2005). Manual teknologi penanaman pegaga.Serdang: MARDI.22p.
(4) : Rosalizan, M., Rohani, M., Khatijah, I., & Shukri, M. (2008). Physical characteristics, nutrient contents and triterpene compounds of ratoon crops of Centella asiatica at three different stages of maturity. Journal of Tropical Agriculture and Food Science. 36(1). 43-51.
No comments:
Post a Comment