Lovely Nature

Lovely Nature

Monday, February 1, 2016

Apa itu Terrarium?

TERRARIUM OH TERRARIUM~

Sejak kebelakangan ini, nama 'terrarium' mula meniti di bibir penggemar pokok hiasan atau landskap di rumah.  Terrarium mengikut pemahaman penulis dari segi bahasanya adalah 'terra' = bumi dan rium = alam mini. Cuba kita lihat pula kepada akuarium, nampak hampir sama bukan? Ada bunyi rium2 sudah tentu hiasan ini cuba mimik sesuatu.
 
 
Mengikut artikel kumpulan.info, terrarium adalah sesuatu medium yang diperbuat daripada kaca atau plastik jelas yang diisi dengan tanaman menyerupai persekitaran alam yang sesuai untuk dekorasi. Hah, dipendekkan cerita, kita cuba hias balang dengan tanaman yang menarik dan serba mini seperti di Rajah 1 dan 2. Nama lain bagi terrarium pula adalah vivarium, semuanya ada rium juga. (1-3)
 
 
 
                                   Rajah 1: Terrarium serba menawan dan simple
 
 
 
 
                               Rajah 2: Terrarium dalam cerek yang menarik tertarik
 
 
 
 
SEJARAH RINGKAS TERRARIUM
 
Marilah kita baca sikit tentang bagaimana terrarium ini mula terhasil dan siapa yang dapat idea nak buat hiasan ini. Nama orang yang memulakan konsep ini adalah Nathanial Bagshard Ward selepas beliau menerbitkan buku "On the Growth of Plants in Closely Glazed Cases" pada tahun 1842.
 
Pada mulanya beliau hanya mahu melihat bagaimana serangga membiak lalu diletakkannya di dalam botol bersama sedikit tanah. Selepas beberapa lama, beliau terkejut kerana tiba-tiba tumbuh sejenis pokok paku-pakis di dalam botol tersebut. Masakan tidak, pokok yang beliau tanam pun jarang tumbuh di laman, inikan pula tempat tertutup mungkin seperti di Rajah 3.
 
 
 
 
A Wardian Case or Terrarium
 
 Rajah 3: Mungkin inilah balang yang Ward gunakan untuk ujikaji serangga beliau
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Selepas itu, beliau pun berekperimentasi dengan sains terrarium ini lalu memanggil balang kecilnya sebagai Balang Wardian tetapi hari ini kita panggil sebagai terrarium sahaja. Ketika era pemerintahan Victoria terutamanya di England, Balang Wardian ini sangat popular kemudian menguncup dan sekarang mula menarik perhatian kembali. (4)
 
 
 
victorian style modern terrarium
 
Rajah 4: Victorian Style terrarium yang popular ketika itu menggunakan konsep Balang Wardian
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Baiklah, setakat ini sahaja dahulu pengenalan tanaman mini hiasan ini yang serba unik. Penulis juga ada buat sikit dan jual terrarium yang murah belaka (Rajah 5). Entry seterusnya berkenaan Jenis-jenis Terrarium. Terima kasih.
 
 
 
                              Rajah 5: Mini terrarium yang serba menjadi (Hasil Penulis!)
 
 
 
Sumber Rujukan:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, January 25, 2016

Pegaga Part 3 (Khasiat dan Produk)



                                           Rajah 1: Pegaga kampung menghijau subur                                  

Pokok kecil ini memang mengundang 1001 kebaikan untuk kesihatan tubuh apatah lagi pegaga mudah ditanam dan dijumpai di merata tempat. Bukan sahaja di Malaysia, malah khasiat pegaga juga diakui bermanfaat di negara lain. Sebelum kita 'terjun' dengan lebih lanjut, mari kita semak sedikit sebanyak komposisi kimia atau bahan yang terdapat di dalam pegaga. (1)

 
(A) Komposisi Kimia
 
Terdapat pelbagai bahan bioaktif di dalam pegaga antaranya asiatic acid, triterpenes dan madecassic acid. Tambahan pula, kajian yang dilakukan oleh Roy dan pasukannya (2013) mendapati pegaga juga kaya dengan amino acids, minerals, essential oils, carbohydrates dan alkaloids serta bahan flavonoids yang dikaji oleh Zainal. Selain itu, pegaga juga mempunyai kandungan vitamin B, C dan A yang tinggi khususnya spesis Centella. Zainol kemudian menyatakan bahagian pegaga yang berlainan mengandungi sukatan kimia yang berbeza seperti contoh pada bahagian daun, kandungan asiacotiside dan asiatic acid adalah tinggi berbanding akar dan batang. (2-7)
 
 
 
 
 
                                    Rajah 2: Contoh struktur bahan kimia dalam pegaga
 
 
 
(B) Khasiat Bermanfaat Pegaga
 
Baiklah, tanpa berceloteh panjang, saya menyenaraikan beberapa faedah mantap pokok mini hijau ini  yang banyak digunakan di dalam kitab perubatan Ayurveda di India dan China secara tradisional berdasarkan pengetahuan semasa saya (3,8,9):
 
  •  Anti-kanser aktiviti
  •  Anti-ulser 
  •  Anti-inflmmatory
  •  Anti-oksida aktiviti
  •  Anti-kulat
  •  Sifilis
  •  Hepatitis
  •  Kolera
  •  Demam campak
  •  Sakit gigi
  •  Cirit-birit
  •  Minuman tonik

Ada juga beberapa tips kesihatan yang saya mahu kongsikan berkenaan kemujaraban pegaga tapi saya akan nukilkan dalam entry seterusnya 5 Petua Mujarab Pegaga.



(C) Produk-produk dari Pegaga
 
Minuman Tonik

Pernah suatu ketika di akhbar Malaysia saya terbaca akan seorang nenek tua yang umurnya hampir mencecah 100 tahun tetapi masih kekal kuat melakukan aktiviti harian. Apabila ditanya petua untuk kekal sihat, salah satunya adalah pengamalan jus pegaga yang dicampur dengan madu. Maklumlah, daun pegaga memang rasa pahit sikit tapi bila dicampur madu, sedap juga dijamu. Aktiviti anti-oksida juga sebenarnya melambatkan penuaan dan rasa muda jugalah, sekurang-kurangnya murah dan berbaloi daripada produk kosmetik yang mahal-mahal belaka. (10)
 
 


                                        Rajah 3: Jus pegaga yang gelap memukau


Masakan

Fuh, kalau cerita dari segi masakan, memang sesuai kalau pegaga dijadikan ulam cicah sambal belacan. Kalau rajin sikit, masak dan campur dengan sayur lain untuk jadi kerabu pegaga. Ceritakan saja sudah buat penulis terliur, tapi memang rasanya sedap sama seperti ulam-ulam lain dan juga berkhasiat. (11-12)




                                     Rajah 4: Sayur kerabu pegaga yang menggiurkan

Teh Herba

Trend sekarang memang banyak jenis teh herba tak kira daun apa pun, yang penting barangkali aktiviti anti-oksida untuk nampak lebih muda. Apa-apa pun, boleh juga kita rebus saja daun pegaga untuk minum, namun produk-produk teh herba nampak lebih selamat kerana proses yang diiktiraf dan kandungan bahan kimia yang terkawal. Bezanya dengan minuman tonik, biasanya teh herba hanya daun direbus walhal untuk tonik, semuanya dikisar dan diminum. (13)





                                              Rajah 5: Teh herba pegaga di pasaran

Bahan Tunggal

Maksud bahan tunggal di sini adalah penghasilan sesuatu bahan kimia di dalam pokok pegaga itu sendiri seperti asiatic asid di Rajah 6. Mungkin produk ini tidak beberapa penting untuk penggunaan majmuk tapi mungkin berguna untuk ditambah ke dalam produk lain yang tidak menerima sumber sintetik dan hanya menerima sumber tumbuhan ataupun untuk tujuan penyelidikan. (14)

 
 
 
                                        Rajah 6: Produk asiatic acid di dalam pegaga 
 

Tamatlah sudah risalah berkenaan pegaga yang comel molek ini. Jika ada kesempatan, akan dikupas lagi tajuk yang berkaitan dengan pegaga. Terima kasih.



Sumber Rujukan
 
(1) : http://vineveracosmetics.com/tag/indian-pennywort/

(2) : Kartnig, T (1988). In: Craker LE, Simon JE. (Eds.) Herbs spices and medicinal plants: recent advances in botany, horticulture and pharmacology, vol. 3, Oryx Press: Phoenix, AZ, 145-173.

(3) : Roy, D. C., Barman, S. K., & Shaik, M. M. (2013). Current updates on Centella asiatica: Phytochemistry, pharmacology and traditional uses. Medicinal Plant Research. 3.
 
(4) : Zainol, M. K. M. (2004). Determination of flavonoids in Centella asiatica (L.) Urban and their utilization in herbal noodles. Serdang, Malaysia: Universiti Putra Malaysia (Doctoral dissertation, MSc Thesis).
 
(5) : Seevaratnam, V., Banumathi, P., Premalatha, M. R., Sundaram, S. P., & Arumugam, T. (2012). Functional properties of Centella asiatica (L.): A review. International Journal of Pharmacy and Pharmaceutical Sciences. 4(Suppl 5), 8-14.
 
(6) : Zainol, N. A., Voo, S. C., MR, S., & RA, A. (2008). Profiling of Centella asiatica (L.) Urban extract. The Malaysian Journal of Analytical Sciences. 12(2), 322-327.
 

(8) : Zahara, K., Bibi, Y., & Tabassum, S. (2014). Clinical and therapeutic benefits of Centella asiatica. Pure and Applied Biology. 3(4). 152.

(9) : Brinkhaus, B., Lindner M., Schuppan, D., Hahn, E.G. (2000). Chemical, pharmacological and clinical profile of the East Asian medicinal plant Centella asiatica Phytomed 7(5): 427-448.

(10) : http://mom.girlstalkinsmack.com/health/discover-miraculous-uses-of-pennywort.aspx

(11) : http://samsulaili-catatankehidupan.blogspot.my/2012/09/kerabu-pegaga-tauge.html

(12) : Adenan, M. I. (1998). Opportunities on the planting of medicinal and herbal plants in Malaysia. Planter (Malaysia).

(13) : http://www.ebay.ca/itm/2x25-bags-New-Asiatic-Pennywort-Tea-Gotukola-Tea-Herbal-for-Health-Product-/151948679090
 
 
 

 

 

Monday, January 18, 2016

Pegaga Part 2 (Cara-Cara Menanam)

Pegaga secara semulajadinya senang membiak tetapi memerlukan persekitaran yang berair atau lembap. Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil sebelum menanam pegaga untuk pemahaman dan hasil yang lebih baik:
 
(a) Jenis Tanah
 
Kajian yang dilakukan oleh Devkota dan Ja pada tahun 2009 (1) menyatakan bahawa pegaga sangat sesuai membiak di tanah lum berpasir dengan nisbah 60% pasir dan 40% lum untuk memudahkan ruang pengairan dan akar untuk 'bernafas' dengan kencang. Tanah lum sebenarnya merupakan campuran tanah silt, liat dan pasir seperti di Rajah 1 (2). Jangan risau, tanah biasa di tepi rumah atau kebun jika dicampur dengan pasir yang cukup sudah bagus.
 
 
 
 
                                                  Rajah 1: Komposisi tanah lum berpasir
 
 
(b) pH Tanah dan Cuaca
 
Manual Teknologi Penanaman Pegaga yang ditulis oleh Zainal (2005) menyarankan bahawa pH tanah yang sesuai adalah sedikit berasid sekitar 4.5-6.0 (3). Walaubagaimanapun, tanah yang mempunyai neutral pH juga mampu untuk pegaga terus hidup. Dari segi cuaca, pegaga sesuai hidup di bawah separuh atau penuh sinaran matahari seperti di Malaysia. Musim hujan juga amat disukai pokok kecil ini, tetapi berhati-hati dengan angin ribut yang pembaca maklum kesannya.
 
(c) Bekas/Ruang Menanam
 
Faktor ini agak jelas dititikberatkan kerana umum ketahui pegaga merupakan tumbuhan menjalar. Oleh itu, disarankan supaya menggunakan bekas yang panjang seperti yang penulis guna di Rajah 2 untuk memaksimumkan hasil yang diperolehi. Jika proses penyiraman menyebabkan bekas bertakung, nasib anda baik kerana pegaga memang suka air yang banyak tetapi jangan sampai meneggelamkan kesemuanya. Bagi penanaman secara komersial, penanaman secara batas atau fertigasi amat digalakkan kerana ruang yang lebih luas dan teratur.
 
 
 
                                            Rajah 2: Contoh bekas panjang (tumpang kaki~)
 
(d) Tempoh Kematangan/Penuaian Hasil
 
Secara ringkas, tempoh matang bagi pegaga adalah sekitar 70-90 hari atau 3 bulan (4). Ada satu perkara lagi yang perlu diambil kira untuk penanaman jangka masa panjang iaitu pegaga adalah sejenis tanaman ratun. Ratun di sini bermaksud pokok tersebut akan menghasilkan anak baru seperti pokok pisang dan tebu. Mengikut buku Zainal, jangkaan hasil ratun pegaga untuk tuaian pertama adalah kurang. Biasanya ratun kedua,ketiga dan keempat sesuai dikutip tetapi ratun seterusnya akan berkurang hasilnya. Jadi, tanamlah yang baru dan kira masa bagi tanaman yang serius atau komersial seperti usahawan Pak Din di Perlis Rajah 3 (5). 


 
                                          Rajah 3 : Pak Din ceria dengan pegaga nyonyanya


(e) Penyakit

Pegaga memang senang dijaga apatah lagi tiada penyakit serius yang melanda pokok ratun ini kecuali masalah kelembapan yang tidak terkawal menyebabkan akar mudah reput (6). Gunakan racun benomyl (Benlate) untuk mengawal penyakit tersebut. Serangga perosak yang kelihatan pula adalah seperti lalat putih (whitefly) dan hanya gunakan kos murah Yellow Sticker untuk kegunaan kawasan kecil manakala racun imidacloporid untuk aplikasi bagi lagi mantap.

 
Cara Mudah Proses Menanam Pegaga
 
1. Sediakan tanah lum berpasir (60% pasir : 40% lum).
2. Letak tanah sehingga menutupi 70% bekas panjang.
3. Potong pegaga yang sudah berakar dan sekurang-kurangya ada 4 daun untuk mengelakkan pegaga lambat membiak.
4. Tutup akar pegaga dengan sedikit tanah tanpa perlu menanam dengan terlalu dalam kerana pegaga adalah tumbuhan menjalar.
5. Siram dengan air sehingga sedikit bertakung selama seminggu.
6. Apabila sudah stabil dan pegaga berdiri tegak, boleh saja siram 2 hari sekali.
7. Selepas 2.5-3 bulan, pegaga boleh dituai.
 
 
Berdasarkan 5 faktor yang dijelaskan di atas, secara individu saya memberi pegaga:

Rating 4/5 dari segi kesenangan penjagaannya

Terima kasih sudi membaca entry kedua ini dan nantikan Pegaga Part 3 (Khasiat dan Produk) serta penulis juga ada tanam sedikit pegaga selepas 2 bulan di bawah.



 
 
 
Sumber Rujukan:
 
(1) : Devkota, A., & Jha, P. K. (2009). Variation in growth of Centella asiatica along different soil composition. Botany Research International. 2(1). 55-60.
 
 
(3) : Zainal, A.H. (2005). Manual teknologi penanaman pegaga.Serdang: MARDI.22p.
 
(4) : Rosalizan, M., Rohani, M., Khatijah, I., & Shukri, M. (2008). Physical characteristics, nutrient contents and triterpene compounds of ratoon crops of Centella asiatica at three different stages of maturity. Journal of Tropical Agriculture and Food Science. 36(1). 43-51.
  
 

 
 

Tuesday, January 12, 2016

Pegaga Part 1 (Jenis)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!

Post saya yang pertama semestinya bergaya dan mantap! Kepada pembaca di luar sana, blog ini lebih kepada pertanian (agriculture) dan produk yang sesuai berkaitan tanaman. Diharapkan dapat membantu sebanyak mungkin untuk penambahan ilmu sedia ada bersama.
 
PEGAGA
 
Alang-alang buat research pasal pegaga, saya nak share sikitlah berkenaan herba/sayur comel molek ni. Siapa yang tak pernah dengar pasal pokok pegaga? Jangan risau, mesti pernah nampak punya macam di Rajah 1 (1). Berikut sedikit sebanyak ringkasan jenis pokok umpama payung mini ini:


 
Rajah 1: (A) Centella asiatica/Pegaga kampung (B) Hydrcotyle bonariensis/Pegaga gajah (C)Hydrocotyle sibthorpioides/Pegaga embun.


Nama Saintifik (Genus): Centella sp dan Hydrocotyle sp
Nama lain: Pennywort (English), Gotu kala (Japanese), daun kaki (Indonesia), ji xue cao (Chinese), ecuelle d’eau (French), braham-manduki (Hindi) (2)
Bentuk: Menjalar, daun hijau, batang hijau pudar dan warna bunga mengikut spesis 
Taburan: Di hemisfera bumi seperti India, Afrika Selatan dan Asia Tenggara (3)
Tempoh matang: 70-90 hari (4)


Terdapat beberapa jenis pegaga yang selalu ditemui di Malaysia seperti di Rajah 1 di atas khususnya pegaga kampung. Pegaga jenis  ini (Rajah 2) (5) senang dijumpai di semak-samun atau pun kawasan berpaya. Senang cerita, kaum pegaga ini memang mudah ditanam dan cuma perlu lebihkan sedikit air yang saya akan ceritakan di ruangan Pegaga Part 2 (Cara Menanam).





Rajah 2: Pegaga kampung


Kalau kita lihat dari segi bentuk pegaga kampung, kelihatan daunnya macam kipas nyonya dan sebab itu juga kadangkala dikenali sebagai pegaga nyonya manakala pegaga lain nampak seperti buah pinggang. Orang tua-tua dahulu suka buat minum air tonik kerana kandungan antioksida yang tinggi untuk kekal awet muda. Malah, zaman sekarang pun masih digunakan dalam masakan seperti sayur kerabu pegaga. Saya juga akan ceritakan lebih lanjut tentang kepentingan pegaga di ruangan Pegaga Part 3 (Khasiat dan Produk).
 
 
Sekian, terima kasih kerana membaca dan nantikan penulisan seterusnya!




Sumber Rujukan:


(1) : Khatib, A., Shaari, K., Abas, F., Shitan, M., Kneer, R., Neto, V., and Lajis, N. H. (2011). Discrimination of three pegaga (Centella) varieties and determination of growth-lighting effects on metabolites content based on the chemometry of 1H nuclear magnetic resonance spectroscopy. Journal of agricultural and food chemistry. 60(1). 410-417.
 
(2) : Peiris, K. H. S., and Kays, S. J. (1996). Asiatic Pennywort [Centella asiatica (L.) Urb.]: A little-known vegetable crop. HortTechnology, 6(1), 13-18.
 
(3) : Gohil, K. J., Patel, J. A., & Gajjar, A. K. (2010). Pharmacological Review on Centella asiatica: A Potential Herbal Cure-all. Indian Journal of Pharmaceutical Sciences. 72(5). 546–556.
 
(4) : Rosalizan, M., Rohani, M., Khatijah, I., & Shukri, M. (2008). Physical characteristics, nutrient contents and triterpene compounds of ratoon crops of Centella asiatica at three different stages of maturity. Journal of Tropical Agriculture and Food Science. 36(1). 43-51.
 
(5) : http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-ulam-pegaga.html