Rajah 1: Pegaga kampung menghijau subur
Pokok kecil ini memang mengundang 1001 kebaikan untuk kesihatan tubuh apatah lagi pegaga mudah ditanam dan dijumpai di merata tempat. Bukan sahaja di Malaysia, malah khasiat pegaga juga diakui bermanfaat di negara lain. Sebelum kita 'terjun' dengan lebih lanjut, mari kita semak sedikit sebanyak komposisi kimia atau bahan yang terdapat di dalam pegaga. (1)
(A) Komposisi Kimia
Terdapat pelbagai bahan bioaktif di dalam pegaga antaranya asiatic acid, triterpenes dan madecassic acid. Tambahan pula, kajian yang dilakukan oleh Roy dan pasukannya (2013) mendapati pegaga juga kaya dengan amino acids, minerals, essential oils, carbohydrates dan alkaloids serta bahan flavonoids yang dikaji oleh Zainal. Selain itu, pegaga juga mempunyai kandungan vitamin B, C dan A yang tinggi khususnya spesis Centella. Zainol kemudian menyatakan bahagian pegaga yang berlainan mengandungi sukatan kimia yang berbeza seperti contoh pada bahagian daun, kandungan asiacotiside dan asiatic acid adalah tinggi berbanding akar dan batang. (2-7)
Rajah 2: Contoh struktur bahan kimia dalam pegaga
(B) Khasiat Bermanfaat Pegaga
Baiklah, tanpa berceloteh panjang, saya menyenaraikan beberapa faedah mantap pokok mini hijau ini yang banyak digunakan di dalam kitab perubatan Ayurveda di India dan China secara tradisional berdasarkan pengetahuan semasa saya (3,8,9):
- Anti-kanser aktiviti
- Anti-ulser
- Anti-inflmmatory
- Anti-oksida aktiviti
- Anti-kulat
- Sifilis
- Hepatitis
- Kolera
- Demam campak
- Sakit gigi
- Cirit-birit
- Minuman tonik
Ada juga beberapa tips kesihatan yang saya mahu kongsikan berkenaan kemujaraban pegaga tapi saya akan nukilkan dalam entry seterusnya 5 Petua Mujarab Pegaga.
(C) Produk-produk dari Pegaga
Minuman Tonik
Pernah suatu ketika di akhbar Malaysia saya terbaca akan seorang nenek tua yang umurnya hampir mencecah 100 tahun tetapi masih kekal kuat melakukan aktiviti harian. Apabila ditanya petua untuk kekal sihat, salah satunya adalah pengamalan jus pegaga yang dicampur dengan madu. Maklumlah, daun pegaga memang rasa pahit sikit tapi bila dicampur madu, sedap juga dijamu. Aktiviti anti-oksida juga sebenarnya melambatkan penuaan dan rasa muda jugalah, sekurang-kurangnya murah dan berbaloi daripada produk kosmetik yang mahal-mahal belaka. (10)
Pernah suatu ketika di akhbar Malaysia saya terbaca akan seorang nenek tua yang umurnya hampir mencecah 100 tahun tetapi masih kekal kuat melakukan aktiviti harian. Apabila ditanya petua untuk kekal sihat, salah satunya adalah pengamalan jus pegaga yang dicampur dengan madu. Maklumlah, daun pegaga memang rasa pahit sikit tapi bila dicampur madu, sedap juga dijamu. Aktiviti anti-oksida juga sebenarnya melambatkan penuaan dan rasa muda jugalah, sekurang-kurangnya murah dan berbaloi daripada produk kosmetik yang mahal-mahal belaka. (10)
Rajah 3: Jus pegaga yang gelap memukau
Masakan
Fuh, kalau cerita dari segi masakan, memang sesuai kalau pegaga dijadikan ulam cicah sambal belacan. Kalau rajin sikit, masak dan campur dengan sayur lain untuk jadi kerabu pegaga. Ceritakan saja sudah buat penulis terliur, tapi memang rasanya sedap sama seperti ulam-ulam lain dan juga berkhasiat. (11-12)
Rajah 4: Sayur kerabu pegaga yang menggiurkan
Teh Herba
Trend sekarang memang banyak jenis teh herba tak kira daun apa pun, yang penting barangkali aktiviti anti-oksida untuk nampak lebih muda. Apa-apa pun, boleh juga kita rebus saja daun pegaga untuk minum, namun produk-produk teh herba nampak lebih selamat kerana proses yang diiktiraf dan kandungan bahan kimia yang terkawal. Bezanya dengan minuman tonik, biasanya teh herba hanya daun direbus walhal untuk tonik, semuanya dikisar dan diminum. (13)
Rajah 5: Teh herba pegaga di pasaran
Bahan Tunggal
Maksud bahan tunggal di sini adalah penghasilan sesuatu bahan kimia di dalam pokok pegaga itu sendiri seperti asiatic asid di Rajah 6. Mungkin produk ini tidak beberapa penting untuk penggunaan majmuk tapi mungkin berguna untuk ditambah ke dalam produk lain yang tidak menerima sumber sintetik dan hanya menerima sumber tumbuhan ataupun untuk tujuan penyelidikan. (14)
Rajah 6: Produk asiatic acid di dalam pegaga
Tamatlah sudah risalah berkenaan pegaga yang comel molek ini. Jika ada kesempatan, akan dikupas lagi tajuk yang berkaitan dengan pegaga. Terima kasih.
Sumber Rujukan
(2) : Kartnig, T (1988). In: Craker LE, Simon JE. (Eds.) Herbs spices and medicinal plants: recent advances in botany, horticulture and pharmacology, vol. 3, Oryx Press: Phoenix, AZ, 145-173.
(3) : Roy,
D. C., Barman, S. K., & Shaik, M. M. (2013). Current updates on Centella
asiatica: Phytochemistry, pharmacology and traditional uses. Medicinal Plant
Research. 3.
(4) : Zainol,
M. K. M. (2004). Determination of flavonoids in Centella asiatica (L.) Urban
and their utilization in herbal noodles. Serdang, Malaysia: Universiti Putra Malaysia
(Doctoral dissertation, MSc Thesis).
(5) : Seevaratnam,
V., Banumathi, P., Premalatha, M. R., Sundaram, S. P., & Arumugam, T.
(2012). Functional properties of Centella asiatica (L.): A review. International
Journal of Pharmacy and Pharmaceutical Sciences. 4(Suppl 5), 8-14.
(6) : Zainol,
N. A., Voo, S. C., MR, S., & RA, A. (2008). Profiling of Centella asiatica
(L.) Urban extract. The Malaysian Journal of Analytical Sciences. 12(2),
322-327.
(8) : Zahara, K., Bibi, Y., & Tabassum, S. (2014). Clinical and therapeutic benefits of Centella asiatica. Pure and Applied Biology. 3(4). 152.
(10) : http://mom.girlstalkinsmack.com/health/discover-miraculous-uses-of-pennywort.aspx
(11) : http://samsulaili-catatankehidupan.blogspot.my/2012/09/kerabu-pegaga-tauge.html
(12) : Adenan, M. I. (1998). Opportunities on the planting of medicinal and herbal plants in Malaysia. Planter (Malaysia).